🚀 Servis 'Tekan Ads' yang bukan sekadar tekan² & ambil upah
Ramai so-called digital marketer terlalu obses dengan setting iklan.
Baru lepas tengok 1-2 video mat saleh ajar setting FB Ads dekat Youtube, terus tukar bio social media jadi ‘Digital Marketing Expert’ dan ambil upah run ads untuk client.
Kemudian hanya ikut bulat-bulat step-by-step button apa yang perlu ditekan tanpa faham dan tanpa strategi.
Kebanyakan masa, iklan tak menjadi.
Walaupun iklan tak jadi, tetap ambil upah .
Realitinya, iklan yang betul-betul convert bukan datang dari setting.
Tapi
1. Produk kena betul dulu. Jual apa yang orang nak beli. Kalau jual produk yang orang tak perlukan, buat lah marketing macam mana pun orang tetap tak beli. (kecuali kalau anda tunggang agama atau mengemis simpati)
2. Bila dah ada produk yang betul, kena faham target market secara mendalam. Apa masalah spesifik yang dia hadapi, kenapa dia nak sangat selesaikan masalah tu, apa jadi kalau masalah tu tak selesai, dia risau apa, kenapa risau.
3. Dah faham target market secara mendalam, barulah kita dapat jumpa satu ‘hot button’ yang boleh trigger dia. Kemudian kita akan gunakan hot button ni untuk hasilkan iklan dengan mesej marketing yang tepat. Tujuannya? Untuk selesaikan masalah dia tadi. Tanpa hot button ni, target market takkan rasa apa-apa bila nampak iklan kita sebab iklan tu tak relevan pun pada dia.
4. Ada ‘offer’ yang buatkan target market rasa macam “Eh aku memang kena beli ni” dan bila dia beli, dia beli dari anda bukan orang lain. Offer bukan diskaun harga, tapi “Cara kita susun dan pakejkan nilai yang customer akan dapat bila dia membeli daripada kita supaya dia rasa apa yang dia akan dapat tak setanding dengan harga, dia rasa lebih rugi kalau tak beli berbanding dia beli. Offer ni yang akan tukar “maybe” kepada “Shut up and take my money!”
Ini lah kunci iklan yang berkesan, bukan setting.
Kalau ada semua ni, setting bodoh-bodoh pun boleh convert.
Cuma (ini punchline nya), tak ramai yang nak buat.
Kenapa?
Pertama, sebab memang tak tahu pun kena buat dan hanya fokus pada teknikal ads semata-mata.
Kedua, sebab tak mudah, kena buat kerja lebih dan kena ada rasa tanggungjawab yang tinggi kepada client.
Tekan-tekan setting dan ambil upah tanpa peduli tentang result, ini lebih senang.
Semua orang boleh tekan ads guna jari, tapi tak semua orang boleh tekan ads guna otak.
Sebab tu lah, saya nak offer something different untuk anda.
🛠️ Servis Bina Web Jualan: Conversion-focused, bukan estetik
Saya bukan anti-design tapi apa gunanya web jualan yang cantik tapi tak berjaya menghasilkan jualan.